Wednesday, July 14, 2010

Hati..tolong lah!

Sejak big row bulan lepas dan kami berbaik semula, sy bertekad dgn sendiri sy dah tak mahu lagi gaduh2. Sy x mahu lagi bermasam muka dgn suami dan menyakitkan hati sendiri. Sy dah janji dgn diri sendiri regardless apa saja yg dia buat, dia kata, sy akan redha sahaja. Dan sy janji sy akan buat yg terbaik sbg isteri. Dan sy dah janji sy x mahu expect anything in return.

Oleh yg demikian, sy cuba kawal tutur kata sy, sy belajar cara2 memikat hati suami semula. Mungkin sy dah kawen 6 thn tapi mungkin sy belum tau cara2 sebenar menggembirakan hati suami. Sbb tu selalu aje kena marah, selalu aje ada konflik antara kami berdua. Sy cuba mencari kelemahan diri sendiri yg menyebabkan suami selalu menyakitkan hati sy. Mungkin sy tak cukup memahami dia, mungkin sy x cukup menunujukkan kasih sayang...

Cakap mmg senang kan....

Menanam tekad pon senang kan....

Tapi bila diuji ....sy tewas lagi. Air mata sy tumpah lagi. Hati sy sakit lagi....

Kesnya bermula smlm. Sy x sihat, sakit perut dan sakit kepala sbb period. He was not at home, he went to university (kami skrg ni kat oversea sbb suami tgh further study). Sy call dia bgtau sy x sihat - therefore sy x larat nak masak. Then, sy minta dia beli something yg ready-to-eat for the kids. Kebab ke, or benda senang utk dimasak mcm pizza. Sbb kat rumah pon xde stok makanan mcm telur atau maggi yg boleh di masak segera.

Then dia kata dia malas nak singgah ke kedai..xpe, nanti dia balik dia masak la apa2 yg ada. Sy mmg dah defrozed kan ikan sbb sy ingat kalau sy rasa ok sikit, sy nak bgn masak.

Kul 7.30pm, dia sampai rumah. Ok, fine...sy tau dia penat, dia baring, so sy pon x ckp apa2, sy ingat lagi setgh jam dia bgn la kot. Lepas stgh jam dia still golek2 atas katil...sy kata "abg, xpe la...u just get the things ready - masak nasi, siang bawang2 semua, nanti i masak". Dia kata OK.

Lepas setgh jam lagi, still x gerak2 lagi...jam dah 8.30 mlm. Anak2 dah lapar. Sy x boleh tunggu lagi...sy pon bgn walau pun kepala rasa sakit sgt. Gerak ke dapur dan mula memasak. Dia pon kecoh2 bgn dan dok ckp "xpelah dia buat". Tapi masih apa pon x buat. Sy diam aje dan teruskan keje. Dok pujuk hati jgn marah, cuba redha saja.

Dinner is served at 10pm -completely done by me. Tapi sy berjaya utk tidak rasa marah dan kecewa dgn situasi ini.

Malam tadi, tak tahu utk pujuk ke apa, dia ckp nak bawa sy pi city tempat uni dia so that sy boleh jalan2 dan shopping kalau nak. Sy dan anak2 dah lama x keluar ke city. Jadinya sy pon excited. Bukan senang dia nak offer nak bawa sy jalan2. Selalu dia risau kalau keluar duit habis byk.

So sy kata kalau nak keluar, keluar awal la sikit since sebelah ptg dia ada kelas. Dia kata ok, xde masalah.

Then sy bgn pagi2, siapkan sarapan dan bekal makanan utk keluar. Kalau bawak bekal makanan sendiri xde la nanti abis duit byk sgt utk makan. Pukul 10am, dia x bgn2...sy kata pd diri sendiri, xpe la...kul 12 pon ok. Pukul 11.30 sy dan anak2 dah siap mandi, dressed-up, tapi dia masih tido. Dah berkali sy kejutkan pon, still x bgn. So siapkan lunch. Mujur la lauk mlm tadi byk lagi.

12.30pm: dia bangun. Katanya kul 1.30pm kita keluar. Ok fine...dia lunch, mandi semua tp x siap2...tup2 dah 1.30pm. Then dia kata x sempat, kita keluar kul 2.30pm la. Long not after that dia ckp "cam x berbaloi kalau nak pegi kalau dah 2.30pm sbb nanti dia ada kelas kul 4pm".

Masa ni sy mmg angin...sgt rasa kecewa!!!!!!Masa tu jugak sy rasa nak nangis. Tak ke dia fikir apa perasaan sy? Sy dah bersiap dr pagi, anak2, makanan2...semua dah get ready. Tup2 senang je dia cancel. Senang je ckp "esok la kita pegi".

Sy tak tahu nak kata apa...sy dah janji dgn diri sendiri sy tak nak marah2...tapi skrg setan penuh sgt kat dlm diri..bersorak2 suh sy tarik muka masam ngan suami, suh sy naik angin dan hamburkan kemarahan sy pd dia.

Dia pulak relax aje....xde pon nak rasa bersalah apa2 sbb x tunaikan janji dia. Takde pon kisah tgk sy dan anak2 dah siap2 berpakaian nak keluar. Takde pon nak notice air muka sy yg dah berubah dan hampir2 nak nangis. Selamba aje dia keluar rumah dan pi uni.

Skrg sy tgh pujuk hati sy la ni....jgn nanti kang suami sy balik sy masam muka lak. Dosa satu hal....satu lagi menyakitkan hati sy sendiri je...sbb dia stail kalau sy masam muka dan x tegur dia, dia buat x tahu aje. Jgn harap la mak nak kena pujuk!

Tapi kan..tell me...cemana nak redha aje ngan situasi ini? Sy belum betul2 redha ni, sy belum berjaya nak pujuk hati jgn marah ngan kes tadi (2jam sudah berlalu, lagi 3 jam suami balik).

Cabaran betul la nak jadi isteri solehah ni!