Friday, December 31, 2010

Hati...bersyukur la!

Kadang2 sgt la senang menyatakan "bersyukur dgn apa yg ada"....

Tapi hakikatnya, betul2 ke bersyukur?

Seperti diri sendiri, asik nak marahkan suami walau diri sendiri tak perfect. Benda kecik pon nak marah...

He´s not perfect..but I´m not perfect either.

Jadinya betul2 belajar menerima....kalau Allah panjangkan umur kami berdua dan juga panjangkan jodoh, nak kena hidup bersama2 kurang2 30-40 thn.

Abis, baru 6 thn dah asik nak berkonflik!

Apa kes kak?

Mari post-portem diri sendiri...mari tgk ciri2 isteri solehah:

1. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa mendahulukan kemahuan dan keinginan suaminya dari kemahuan dan kehendaknya sendiri.

2. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun pada setiap perkataan dan perbuatan.

3. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa berhias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya apabila ketiadaan suami.

4. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa bersedia melayani dan memenuhi kehemdak batiniah dan zahiriah suami bila diperlukan.

5. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa menjaga kebersihan, kesihatan dan kesempurnaan diri, rumah tangga dan anak-anak suaminya.

6. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa mencintai dan menghormati kelluarga suaminya seperti mana ia mencintau dan menyayangi keluarganya sendiri.

7. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa menjaga auratnya dari pandangan yang bukan mahramnya.

8. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa menjaga pandangan matanya dari perkara- perkara yang tidak sihat dan mungkar.

9. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan itu tidak bertentangan dengan perintah syariat.

10. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa memberikan layanan dan kasih saying yang sepenuhnya dan membuatkan suaminya merasakan rumah tangganya itu sebagai tempat yang paling selamat untuk mendapat ketenangan dan kebahagiaan.

11. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa menjaga rahsia serta maruah suami dan keluarganya, demikian juga dengan maruahnya sendiri.

12. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa menjadukan suaminya sebagai ketua dalam rumah tangga mereka sesuai dengan sifat-sifat yang telah dianugerahkan Allah kepada kaum lelaki.

13. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah kerana sesuatu hajat yang diharuskan oleh syara’.

14. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasamemohon keizinan suaminya jika mahu mengerjakan puasa sunat.

15. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa bersyukur dan tenang di atas segala dugaan dan nikmat dari Allah yang diberikan kepada suaminya.

16. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan seyuman bila ia pulang.

17. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumah ketika ketiadaan suami.

18. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa bersedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan segala perintah Allah dengan tabah dan sabar.

19. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa berdiam diri dan mendengar bila suaminya sedang bercakap.

20. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang tidak meminta sesuatu yang lebih dari suaminya sedangkan ia tidak mampu untuk menunaikannya.

21. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa menerima pemberian suaminya dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan.

22. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang bijak menguiruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar yang sederhana dan tidak membazir

Wednesday, December 15, 2010

Rokok punya pasal!

Malam2 buta, sejuk2 ni, sanggup keluar pi pasaraya beli rokok!

Hari tu, i minta tolong u pegi belikan bawang, mcm2 alasan...x yah masak pakai bawang la, sampai sanggup kata nak maggi aje. Padahal tu tengahari....at last i pegi la beli sendiri...

Hadap la rokok tu bang!!!!!!!!!!!!!!!

Hangin!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Huwaaaaaaaaaa....rasa mcm nak bg pecah2kan pinggan aje!

Sabar...sabar...marah tu perangai setan!

Apsal la yang oi, u provoke i camni?

I ni pompuan biasa tau, pompuan yg imannya senipis kulit bawang, yg sgt la berperang dgn hati supaya menjadi redha dan solehah.

Tapi sikap u tu sgt la x membantu!

U tak kesian ke kat i ni, bang?

Yang berusaha nak menjadikan rumahtangga aman bahagia, yg mahu u sebagai suami terasa bertuah dpt isteri mcm i, yg jaga makan minum u sebaiknya, keperluan u sebaiknya, yg cuba jadi superwoman bg memastikan semuanya teratur dan menyenangkan?

Tapi u sendiri takde ke inisiatif nak buat i rasa dihargai? dimanjakan?

U tak suka buang sampah, fine...urusan sampah semua i dah buat. Takde dah i dok ngokngek2 byk kali ingatkan u suruh buang sampah sbb sampah dah penuh kat dapur mcm tempat pelupusan sampah.

U suka tangguh2 beli ayam/daging halal kat kedai turki sampai selalu sgt kita makan lauk telur sbb boleh je beli kat pasaraya dekat rumah kita, , sekarang i yg pegi beli...walau i jln kaki sejauh 1.5km sedangkan kalau u yg pegi beli, u turun train, naik train aje (sbb u ada tiket free). I bukan x boleh makan telur hari2 bang...tp telur tu kolestrol tinggi, anak2 pon tak elok makan telur selalu, maka takpe la...i jln la kaki pi beli daging/ayam.

Takdenya u rasa bersalah, siap lagi u kata..."good for u, sbb u tu overweight"

Iye bang, iye....i tau i gemuk....

Keje2 rumah lain mmg takdenya i nak suruh2 u. I trauma nak suruh u apa2, sbb i malas nanti jadi pergaduhan pulak.

Tapi pagi ni tetiba i tak boleh tahan dah ngan attitude u. U tau pagi2 i mmg sibuk, mana kan i nak buat breakfast, nak siapkan anak2 nak kesekolah, nak siapkan bekal diorg ngan u punya lagi. Kejutkan u bangun aje dah 10 kali. Mana nak jerit anak2 suruh gosok gigi, cari baju diorg, supervise diorg bersiap. Dgn goreng nasi lagi, lepas tu hidang breakfast lagi. Sorang kata nak air koko, sorang kata nak cornflakes.

Yang u?

Ada inisiatif nak tolong apa2?

U dgn senang-lenang hirup kopi u, makan breakfast u...lepas tu ngadap laptop u tgk update FB, baca newspaper.

Sikit pon x terjejas tgk i huru-hara siapkan anak2, make sure diorg makan breakfast properly.

So pagi ni, sbb i tgk u rilek2 gitu (walau hari2 pon camtu), i pon try my luck tanya kalau u nak hantarkan budak2 ke kindy...

Oh, nasib i x baik nampaknya sbb u kata x boleh sbb u nak kena pegi uni cepat.

Tapi dlm i dok bersiapkan 2 org budak, pakaikan diorg jaket, scarf, gloves, everything..xde pon i tgk u bersiap nak ke uni. U masih lagi dok ngadap laptop u.

Lepas stgh jam, i balik...u masih di spot yg sama.

So I hangin laaaaaaaaaaaaaa.....tapi hangin dlm hati aje. Cuma i tau muka i dah start masam, hati i dah bergelora.

So i pon try divert my anger, dgn nak buat aktiviti mop lantai. Cari2 batang mop, rupanya diluar, frozen by the ice. I tekan holder sikit aje nak keluarkan kain mop tu, tetiba tercabut spring holder kain mop tu. Ye la, benda tu frozen kan....Lagi la i hangin sbb i tau bang, u yg letak mop tu kat luar, i x penah letak mop tu kat luar. Hari tu angin rajin u dtg, u pi mop lantai balkon...which mmg patut pon u mop sbb u yg dok merokok kat situ.

Tapi i kan dah pesan byk kali ngan u, kalau u guna mop, lepas mop, please2 keluarkan kain mop tu, basuh, perah dan sidai and jln letak kat luar sbb skrg ni it´s freezing cold outside.

Tapi ada u penah endah pesanan i?

So tadi sbb i punya kesabaran dan habis, i pon marah la verbally. I marah sikit aje sebenarnya. And i tau how much u dont like me marah2, u tend to be sarcastic than ever, so u salahkan i bg mop tu rosak. Now mop tu dah x berfungsi sebaiknya sbb holder dia dah patah. U mula kata i suka bg brg rosak, buat keje ganas sgt. Wahhhhhhh...salah sendiri tak nampak, yg nampak salah i aje.

U untung bang, i ni walaupun marah sgt2...i´m not someone yg suka guna kata2 kesat walau dlm hati i rasa nak maki2 aje u time tu. Sbb i masih fikir, u tu suami, i kena hormat kat u. I tak nak jadi isteri derhaka, tapi u jugak kena ingat, i bukan malaikat. I juga ada perasaan - i penat, i stress dan i x boleh lari dr perasaan marah.

I tau la i cuma surirumah skrg, dan mcm selalu u ckp, u ada byk benda nak kena fikir especially study u. Habis, sbb i surirumah dan u belajar, maka i kena telan aje la all ur attitudes? I stress xpe, jgn u stress?

The thing is bang, before u belajar pon, zaman i keje dulu pon mmg mcm ni la attitude u....i balik keje, i tunggang-langgang buat keje rumah, jaga anak. Weekend i juga tunggang-langgang pegi shopping groceries, kemas rumah mcm nak rak. Kalau i minta tolong buat apa2, u x kata u tak nak buat tapi u dok tangguh sampai akhirnya i jugak kena buat. Tu yg selalu buat kita berkonfrontasi.

Kita ni nasib xde baby bang, anak kita dua org tu i masih mampu uruskan sorang2. Tapi kalau i pregnant, lepas tu pantang, lepas tu nak jaga anak kecil ngan dua anak preschool, nak uruskan semua on my own, u ingat i x meroyan ke bang?

tolong la bang....tolong la review ur attitudes tu dan cuba la berubah...

Nak rumahtangga bahagia kena ada kerjasama.....

oh, dan tadi time u nak keluar rumah...i minta maaf sbb tak hantar pon kat pintu dan salam u. I sayang u sebenarnya but I cant bring myself to do that when I´m in anger...

Thursday, December 9, 2010

Soalnya Ikhlas

Buat masa skrg, kami ni sedang menetap di sebuah bandar besar yg terkenal di sebuah negara maju. Dan rumah kami ini hampir dgn pusat bandar, international airport dan kami juga dekat dgn kedutaan Malaysia. Pulak tu rumah kami dikira agak selesa sbb ada dua bilik tidur dgn keluasan yg agak besar utk famili 2 anak cam kami ni walaupun terpaksa membayar harga yg agak mahal. Bukan kerana byk duit sgt tapi situasi yg memaksa kami menyewa rumah ni. Dek kerana itu kami rasa sbbnya kami selalu menerima kunjungan dr rakan2 senegara.

Bukan nak kata apa.. tapi ada masa tu hampir setiap minggu kami ada tetamu. Ada yg dtg sbb nak buat passport anak, ada yg dtg sbb transit sbb rumah kami sgt dekat ngan airport. Ada yg dtg sbb nak melancong ke bandar ini. Mula2 tu kami seronok, ikhlas rasanya menerima tetamu. Kan tetamu tu pembawa rezeki....lagipon bila dok negara asing, kita rasa bila kita jumpa rakan senegara, kita nak la bermesra2 kan?

Mulanya yg dtg mmg kawan2 yg kami kenali sejak di Malaysia. Ada kawan yg x penah jumpa since habis universiti, jumpa akhirnya di bumi asing ni sbb dia dtg melancong ke sini dan menumpang kat rumah sy. Ada kawan sekolah rendah, duduk sekampung tapi dah bertahun2 tak jumpa, juga tetiba jadi rapat setelah sy dok disini dan dia juga dtg menumpang rumah sy atas tujuan melancong. Pendek kata, ramai juga la kawan2 lama yg dah bertahun x jumpa dan dgr berita, yg sy jumpa sejak menetap disini.

Ironi?

Hmmm....

Then kawan2 baru....yg dikenali as kawan atas kawan. Sebab ada urusan dibandar ini, dpt tau ada org Malaysia disini yg boleh ditumpang sementara nak buat urusan, depa pon kenal la kami. Fine....kami pon terima...sbb kesian, ye la..dok hotel kan mahal...xpe la, dtg dok sini kami layan la sebaiknya dr makan minum sampai urusan tidur. Ada tu sampai seminggu menumpang kat sini yg makan minum depa mmg atas kami semata2.

Bila dah selalu sgt, kami mula la terasa kesannya. Asalnya mmg ikhlas tapi lama2 berbuku jugak dlm hati. Ye la, cik suami sy tu cuma student dibawah tanggungan kerajaan, so kalau hampir setiap minggu kami terima tetamu, kena spend lebih duit utk beli brg makanan dan membayar extra bil utiliti, kami pon x larat. Tu dr segi duit, sy pulak kejenya asik memasak dan mengemas keselesaan kami anak beranak pon agak terganggu sbb anak2 harus tidur bersama2 kami. Masa belajar cik suami pon terganggu sbb bila ada tetamu dia pon segan la nak pi belajar dan biar tetamu tak dilayan.

Tapi bila org nak dtg cemana kami nak tolak dan tak layan sebaiknya.

Terbaru, sorang kawan yg punya dah lama lost contact, dpt contact balik pon kerana FB nak dtg. Dia tgh training kat negara sebelah dan nak dtg jln2 ke tempat sy ni. Sy pon ok, mengenangkan dah lama x jumpa dia. Lepas tu katanya mungkin dtg ngan kawan2. Sy kata kat dia rumah sy ni kecik aje, kalau ramai sy x mampu nak cater semua org. Dia kata fine, mungkin yg ikut pon sorang aje kawan.

Tup2 bgtau sy ada all 5 persons nak dtg bersama dan tanya boleh tak all 5 people tido kat rumah sy sbb diorg nak jimatkan kos. Kalau tido kat living hall pon xpe. I was speechless...x tau nak kata apa. Rasa sakit hati pon ada sbb just before that dok bercerita ngan sy yg diorg ni every weekend berjln sakan ke negara2 europe berhampiran dan pandai lak tido hotel. Sekali sbb tau ada rumah yg boleh tido ngan free, boleh pulak fikir jimat kos. Padahal before that sy dah bgtau dah kawan sy kalau ada ramai kwn2 dia nak ikut, hotel ada je dekat rumah sy dan bg diorg yg gaji + elaun ribu2 tu, boleh sgt la nak afford. Habis, nak kata apa lagi, sy cuma kata kalau x kisah tido dlm keadaan x selesa, dtg je la.

Walau hati sy ´bengkak´ngan situasi ini, cemana pon sy tetap prepare makanan dan persiapan yg lain. Dan diorg mmg betul2 buat rumah sy cam hotel. Sampai, makan, tido, esok pagi keluar, balik, makan, tido. Shopping tak hengat kat designer outlet, patut la ckp nak jimatkan kos. Padahal harga sepasang kasut Timberland lebih mahal dr kos stay hotel dua malam.

Hmmm...manusia2...

Islam pon kata besar pahalanya memuliakan tetamu tapi bila dah kerap sgt dan ramai sgt, dan tgk pulak situasi camni, nak ikhlas pon jadi dah x berapa ikhlas.