Baru saja seminggu menyambut ulangtahun perkahwinan kami ke-6. Bulan puasa lagi, dimana setan2 diikat, dimana hati seharusnya lebih sabar, lebih redha, lebih ikhlas.
Namun, kami berselisih faham lagi. Tekad sy yg menggunung utk menjaga hubungan kami suami isteri tetap juga tak berjaya membuat kami x berkonflik utk sekian kalinya.
Semuanya kerana kata-kata!
I wish I hadn´t say anything. I wish I just keep quiet when he pestered me to start saying things. He was in good mood at the time and I went on. Because when I thought when I am being honest at the right time, he would listen and accept.
But...
It was A BIG WRONG MOVE!
Malam tu sy adalah menegur sikit sikap dia yg sy tak puas hati. Sy kata sy tak puas hati atas sikap dia yg sgt berkira tu. Sy beli tauhu harga 0.99€ pon dia kata ianya mahal dan x perlu. Sy beli sardin dlm tin nak buat laksa pon dia bg statement sy tak reti berjimat. Kecik tau hati sy dibuatnya. Kadang2 sy fikir kalau ari2 cuma masak nasi dan goreng telur shj, mungkin dia happy kot? Janji duit dia x abis.
Oh, dia marah ok sy ckp mcm tu. Dia kata sy tak nak memahami keadaan kewangan kami. Sy tak nak faham yg dia nak simpan duit utk kehidupan di masa depan. Ok, fine sy kata. Nak simpan, simpan la tapi jgn sampai takat nak membelanja anak bini pon sikit punya berkira. Sy dulu pon bekerja juga, spend duit utk family juga dan simpan duit juga. Dulu time sy bekerja sy takde pon expect dia bg duit kat saya (mmg tak bagi pon), dia nak belikan sy apa2 pon amat la jarang. Tapi bila sy skrg terpaksa bergantung kat duit dia, mcm2 la dia kata kat sy. Sedih tau....
Sy tak la kata dia x beli kat sy apa2 langsung. Iye, tahun ni dia dah belikan sy satu handbag COACH dan satu GUESS and on top of that, baru2 ni dia belikan sy kitchen machine. Sy sgt berterima kasih, sy bersyukur. Bukan senang nak dia belikan sy brg. Tapi kalau dok ungkit aje benda2 yg dia dah belikan kat sy, sy pon jadi sebal tau dgr.
Lagi satu sy tegur, kalau nak sgt sy berjimat cermat (ni dia dok complain sy suka beli brg makanan), why not dia berhenti rokok? Rokok tu lagi x perlu and for someone so calculative like him, kenapa sanggup pulak spend duit utk rokok? Tak rasa ke rokok tu membazir?
Dia kata, dia akan berhenti merokok. Sy tanya bila...then dia kata " Can you trust me if i say I would quit?" Sy kata "abg, u promised me even before we got married. And then when I got pregnant, u promised to quit before the babies born, then every year before your birthday."
Semua JANJI KOSONG.
And now you expect me to trust you? Then dia kata if i dont trust him, he wont quit. Nampak sgt la dia manipulate kan keadaan. Then sy kata ok fine...give me 500€ if you dont quit by tomorrow. Oh, member terus berubah muka tapi ckp "fine, take the money, kalau duit lebih penting pd u".
See? Dia akan cuba membuatkan sy yg bersalah dlm hal ni. Seolah2 sy ni mata duitan. Sy diam aje and dia terus ke laptop, membuat aksi nak transfer duit ke akaun sy. Sy kata sy tak mau duit dlm RM (sy xde akaun kat sini). Sy kata sy nak cash.
Lepas tu terus dia x berckp ngan sy. Dia merokok jugak mcm biasa. Skrg dia dah x tegur sy, tgk muka sy pon tak. Sy pon sama je senyap. Sy sedang menganalisis keadaan.
Teruk kah sy sbg seorg isteri?
Bukan duit 500€ itu yg sy hendakkan. Sy cuma nak dia berhenti merokok. Sy kata apa pon pasal suruh dia berhenti merokok, dia tak heran. Tapi bila sy ckp duit jadi jaminan utk dia berhenti rokok, terus dia melenting.
Honestly, sy bukan la isteri yg materialistik. Mmg sy ada byk wish-list tapi sy tak paksa dia belikan pon. Sy dah kata kat diri sendiri, dia bagi sy terima, dia x bagi, sy redha. Sy sentiasa cuba cari ilmu menjadi bini isteri solehah ni, tapi bila suami x soleh, mampu kah sy nak solehah juga?
Bila jadi mcm ni, i cant help myself from thinking about divorce. Ye, sgt pendek akal sy ni tapi kadang2 bila sy fikir dgn mendalam, adalah lebih baik bercerai kalau asik nak berkonfrontasi mcm ni. Sy selalu rasa sy gagal menggembirakan hati suami sy. Setiap masa ada je yg dia x puas hati ngan sy. Ada je nak condemn. Kecik hati jgn ckp la, dah x larat dah nak kecik hati. So kalau dia rasa dia rasa dia boleh dpt seorg isteri yg boleh membuatkan dia gembira, yg boleh mendamaikan hati dia, yg senang mata dia memandang, sy rela hati mengundurkan diri (walaupun buat masa air mata sy dah bergenang memikirkan the possibility).
Bukan sy tak cintakan dia. Kerana cinta la sy pujuk hati utk bersabar, Dan yg paling penting, kerana Allah s.w.t. Mmg masa bercinta dulu, masa nak kawen dulu sy tak fikir sgt soal2 agama. Diri sendiri pon x perfect, jadi padan la dpt suami yg x perfect juga. Tapi over the time, sy cuba perbaiki diri.
Betul la org kata kalau hidup berlandaskan agama, aman kehidupan. Ini solat jemaah pon amat2 jarang buat (penah buat sekali kot, tu pon sy minta kat suami berkali2). Solat tu mmg solat tapi taraf solat tu x tau la nak kata. Kalau cik suami, biasa sgt la solat 5 minit sebelum abis waktu.
Sy mmg tak nampak cara lain utk berbaik semula melainkan sy sendiri yg beralah. Skrg hati sy masih lagi keras, sy pon malas nak tgk muka dia. Tapi dlm masa yg sama, sy berdoa, mudah2an cepat la lembut hati sy ni. Beralah la walaupun sy rasa sy dah penat beralah. Allah s.w.t tu maha mengetahui, Dia tahu isi hati sy walau suami sy tak tahu/tak faham.
Ya Allah...Kau permudahkan lah...