Friday, October 29, 2010

......

Entry x bertajuk menggambarkan sy sendiri pon x tau apakah perasaan sy skrg....sy cuma mahu membebel aje di blog ini.

6 hari tanpa selisih faham sehingga semalam...ye, kami bergaduh lagi. Kali ni kurang dah airmata sy tumpah. Tapi masih mampu membuatkan sy sedih dan fikiran terganggu.

Mmg sy sedikit bengang dgn dia semalam. The day before dia janji nak pegi tukarkan kasut anak since dia boleh naik bas dgn percuma. Tapi x pegi2. So semalam sy la pegi jln kaki tukarkan kasut tu. Balik dr kedai, sy balik terus mengemas rumah sbb rumah sgt bersepah dan dia boleh xde perasaan nak tolong kemas pon! Sy tau la dia tgh MC tapi dah hari ke-4 MC (dia dpt MC seminggu sbb sakit belakang) takkan la setakat nak tolong sikit2 pon x mampu? Tapi dia sihat pon dia tak buat....apa je la yg aku meroyan ni?

Ok, fine....tgh sy vacuum lantai tu dia membebel kata kat sy, sy guna vacuum x betul, mcm ni senang la jahanam barang la, nanti rosak dia jugak kena repair la....aduhai, hati ni la dah la tgh bengang, mulut ni anytime je nak meledak api kemarahan tapi sabar..sabar...

Pastu sambung masak, then berkejar pi amik anak2 kat tadika. Lepas dah bg anak makan, semua dah settle sy pon lepak2 atas katil ngadap laptop. Pastu dia dtg baring sebelah sy...tanya sy x nak ke peluk dia? Laa....kalau dia nak peluk sy, peluk je la...ni boleh tanya kita lak nak peluk dia ke tak. Dah la hati sy ni tgh sentap dek kejadian2 sebelum tu. Tapi memikirkan kita ni kena manjakan suami, sy pon abaikan perasaan itu, letak laptop kat tepi then baring and peluk dia. Pastu kami sembang2....tp mula stress bila dia ungkit pasal kes vacuum, katanya sy suka buat keje main belasah aje, sama mcm mak sy!

Aduhai...panasnya hati dgr!!! Mak sy pulak dikutuknya!

Maka sy pon buka mulut dan luahkan perasaan sy, list down benda2 yg sy sentap. Sy tanya kenapa dia asik nak cari kesalahan sy? Sy cakap dan dia cakap, melalut sampai tah kemana...then dia kata dia mmg menyampah dgn sy. Suka ´koya´. ´Koya´ni org kelantan kata suka menunjuk2. Dia kata sy ´koya´sbb suka menyusahkan diri pegi tolong org. Org x minta tolong pon suka terhegeh2 pi offer diri nak menolong. Owh...sedihnya dgr. Sy ikhlas bila menolong org, dia pulak boleh ckp mcm tu. Yg ditolong tu bukan org kami x kenal, malah baik sgt ngan kami.

Ini kes weekend lepas la ni....dia x suka sy tolong jaga baby kawan sy, then the next day x suka jugak pi tolong masak kat rumah kawan sy utk majlis harijadi anak dia. Minggu lepas dah menangis2 sy disebabkan hal itu....ni dia ungkit lagi. Tau tak, sebelum sy nak pi tolong kawan sy tu, sy dah bereskan semua hal2 kat rumah, makanan dia pon sy dah siapkan, anak2 pon sy x tinggalkan kat dia. Sebab sebelum2 ni dia dah bising kata sy sibuk2 tolong org, hal kat rumah berterabur. Dan sy mintak izin nak pi tolong kawan sy tu...mula dia x bagi, sy dah menangis2 dah sbb apa sy nak kata ngan kawan sy ni...xkan nak membohong? Lagipon apa sebab musababnya yg cik suami sy x bg? Sy bukan nak keluar pegi berfoya2...bukan nak keluar pegi buat maksiat, sy nak pi tolong org masak yg nak buat majlis harijadi anaknya!

Malas nak bertekak, sbb air mata sy dah berjurai2 masa tu, sy pi amik wuduk dan buat solat sunat...sbb sy dah mcm org bengong, sy x tau nak buat apa dah. Masa tgh berteleku atas sejadah tu, sy dgr anak2 tanya dia nape dia x bagi mama pegi rumah auntie, dia kata nak pegi, pegi la. Boleh pulak bg pegi! Suka kot dia mendera perasaan sy!

Lepas tu somehow dia sambung pulak isu sy suka ngumpat dia didepan dia dan dibelakang dia. Suka memburuk2kan dia katanya. Ok, sy mengaku dulu sy suka mengadu kat sorang kakak ni masalah kami, sy x consider as mengumpat, sy nak meluahkan perasaan. Sebab kadang2 rasa dada sy ni mcm nak meletup dgn attitude cik suami, dan sy perlu berckp dgn seseorg. Dan kakak ni selalu la sound cik suami. So cik suami kata sy mengumpat dia, memburuk2kan dia. Bila mcm tu, sy pon dah x buat la mcm tu, sy dah minta maaf dah ngan cik suami. Sebab sy tau besar dosanya memburuk2kan suami (walaupun niat sy bukan nak buruk2kan dia).

Tapi semalam dia kata hati dia still x redha dgn perbuatan sy tu. Dia kata sampai bila pon dia akan ingat. Ya allah, kenapa la suamiku mcm ni? Sy mmg bukan perempuan solehah, sy akui sy byk buat dosa tapi x boleh ke bila isteri tu dah minta maafkan saja? Macamana pulak perbuatan2 dia yg menyakitkan hati sy? Yg itu kalau sy x redha, dia x berdosa ke? Sy kata kat dia kalau dia x maafkan, kalau sy mati mmg sy mati dlm dosa...dia diam.

Dan kerana dah tak tahan dgn kata2 dia yg menyakitkan hati tu, sy kata kalau dah menyampah sgt ngan sy, x redha dgn perbuatan sy, dan asik nampak kesalahan2 sy...jgn la simpan sy lagi. Sy tak tau la kalau berkata mcm ni sama mcm minta cerai dan dah berdosa tapi sy bukan malaikat. Sy cuma manusia biasa yg ada hati dan perasaan. Buat apa sy continue jadi isteri pada seorg suami yg menyampah kat sy, yg x boleh terima kesalahan sy dan terus menerus membuatkan sy berdosa bila dia x redha kat sy?

Sy bukan x cuba nak jadi isteri yg baik, yg sentiasa cuba bg yg terbaik utk suaminya. Tapi bila sy yg dilarang suami, adalah benda2 yg baik, macamana sy nak menurut? Kes x bg tolong tu, kalau kami x duduk bermasyarakat, xde kawan, xpe....tapi what goes around, comes around. Kita pon tak tau kalau2 one day kita pon perlu pertolongan org. tapi ikhlas sy ckp, sy tolong org bukan la mengharapkan balasan, just mmg it´s my nature, sy suka nak tolong org.

Lepas ckp mcm tu, sy terus bangun dan sambung buat keje2 rumah. Dan kami x bertegur.Malam tadi cik suami x tido kat bilik kami. Sy tau dia menghukum sy. Tapi buat masa sy give up nak memperbaiki keadaan. Sy rasa tawar hati.

Sy cuma fikir balik malaysia nanti, sy nak pegi kaunseling rumahtangga. Kalau cik suami rasa dia sentiasa betul dan sy sentiasa salah, maybe kami perlukan bantuan professional utk memperbaiki keadaan. Tapi kalau cik suami rasa x perlu ini semua, mungkin perpisahan adalah terbaik utk semua.

Saturday, October 23, 2010

Ingat senang ke nak sabar?

Diluar sana adalah sejuk, -1C diketika ini....walaupun skrg October dan sepatutnya adalah musim luruh.

Tapi hati sy ini HOT!

Walau berkali2 dah sy janji pd diri sendiri utk sabar dan redha, hakikatnya x semudah itu. Utk insan lemah iman mcm sy, ini mmg satu cabaran!

Sy berjanji dgn seorg kwn nak tolong jaga anaknya sbb dia sibuk nak buat majlis harijadi anaknya. Dah bgtau dah cik suami the day before, cuma x guna ayat minta izin la (mungkin salahnya disitu?) Alang2 sy pon ada brg nak dihantar pdnya, sy offer pegi amik anaknya itu instead dia hantar. Bila sy sampai kat rumah, di tingkat bawah apartment sy ni dah penuh dgn basikal penghuni lain. Struggling dgn baby dan brg2 lain, sy tinggalkan aje stroller tu depan tangga dan bergegas naik ke rumah dgn harapan nak minta tolong cik suami tolong turun bawah dan lipatkan stroller tu sbb sy mmg x reti cemana nak lipat stroller tu

Tapi cik suami masih sedap lagi tidur di bawah duvet despite dah pukul 11 pagi. Dah la Subuh pon x bangun walau berkali dikejut, ni dah nak tengahari pon x bangun lagi. Sy kejutkan dia dan minta tolong pasal stroller tu. Dia buat x tahu aje. Ntah berapa kali sy dok panggil, ckp baik2 ni nak minta tolong

Then dgn sarcastic dia ckp :

"pandai amik anak org jaga, pandai la uruskan segala sendiri. Itu x reti ini x reti, bukan nak belajar!"

Owh, sentapnya dengar! And I can´t help myself from saying this:

"u kalau i x reti itu ini, pandai komplen. Kalau u tu, x reti itu ini takpe...sbb u tu suami kan? Buat apa pon xpe!"

Yes, sgt silap berkata begitu! Tapi sungguh sy tidak sabar, hence keluar la ayat sedemikian.

But then I never learn my lesson....dah tau org tu mmg sgt intolerate with angry words dan dah tau mmg org tu susah sgt nak menolong, lagi nak expect minta tolong.....but then kalau sy x terdesak, xde la sy minta tolong dia! Tapi nak buat cemana, dah x nak tolong, siap ckp benda2 yg menyakitkan hati, sy tinggalkan baby dgn anak sy yg umur 5 thn tu dan pesan kat dia tolong tgk baby sbb mama nak turun bawah sekejap.

Baby yg sy tolong jaga ni anak kawan kami yg byk sgt menolong cik suami tapi dia boleh ye ckp camtu? This always happen, cam dia x suka aje sy pi menolong org or kalau sy nak tolong org, jgn libatkan dia, jgn susahkan dia.

5 minit lepas sy naik balik rumah, pandai pulak bangun tido...masalahnya dia dok perli2 sy lak. I guess dia marah dgn ayat sarcastic sy itu. Katanya " Sibuk jaga anak org, anak sendiri tak terjaga". Owh, i don´t know what the statements for...bila pulak sy tak jaga anak sendiri. Lepas tu pantang sy x tgk baby tu sekejap, dia start perli2 sy " kalau dah pandai amik anak org tu, jaga la betul2"

My..my....ini mmg mencabar kesabaran, ini namanya nak provoke sy supaya menjawab balik dgn sarcastic. Sabar...sabar....kalau sy menjawab it won´t make things better. Sy berjaya utk seal mulut sy ngan baik dan served dia breakfast tapi hati, sy x boleh kontrol. Marah ni!!!

Sebal je rasa skrg ni...mujur cik suami xde dirumah dikala ini....

Alangkah mudah kalau senangnya hati bersabar kan?


Tuesday, October 12, 2010

Antara Romantik & Tanggungjawab

Sy selalu mengikuti blog Mencari & Terus Mencari Cinta Ilahi. Blog ni byk mengupas isu rumahtangga, byk nasihat yg berguna yg boleh digunapakai. Dr blog ni sy jumpa satu artikel yg menarik dipetik dari Utusan Malaysia utk dikongsi bersama:

Romantik atau kewajipan

APABILA suami tak romantik' kisah yang dipaparkan 22 ogos lalu menarik perhatian ramai wanita untuk memberi pandangan mereka. Antaranya saya pilih pandangan dari dua orang wanita, seorang daripadanya menetap di salah sebuah negara di Scandinavia. Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri tentang suami romantik ini.

Jane dalam e-melnya memberitahu walaupun suaminya mat salleh, tetapi tidaklah romantik seperti yang ramai mendakwa sepatutnya suami mat salleh romantik sakan. Sebaliknya katanya suaminya lebih mengamalkan hidup berhemat dan tidak membazir.

''Suami saya JJ dari mula bercinta hinggalah anak kami dah anak dara sekarang tak kisah pun pasal hadiah untuk valentine ke, birthday mahupun anniversary. Katanya kalau nak beli barang tak payah tunggu hari-hari tersebut. Beli kalau mustahak. Or just tell me what you want, or if realy urgent go get it your self asal jangan membazir.

''Katanya lagi card is just a card, flower bila kering hanya penuhkan tong sampah, buat apa? Jadi kami beli hadiah bila kami rasa perlu. Bila saya lihat dia perlukan minyak wangi, baju mahupun jam baru. Saya akan belikan untuknya. Dan saya lihat dia akan senyum kerana dia memang memerlukan.

''Jadi saya faham perangainya. Kadang tu bila ada masa dia akan hadiahkan saya peralatan computer atau photography kerana dia tahu saya memang suka. Biasanya dia belikan dekat-dekat tarikh birthday saya. Tak tahulah sama ada dia sengaja atau tak sengaja. Tapi yang penting saya tak pernah merengek untuk dibelikan barang kegemaran saya untuk hari kelahiran saya atau sebagainya.

''Perangai orang lelaki ni mereka tak suka kita meminta-minta atau merengek kerana perangai itu akan membuat mereka benci dan tidak selesa. Seperkara lagi jangan suka mengungkit-ungkit apa yang telah diberikan.'' Demikian nasihat Jane.

Nasihat

Sementara itu Puan Marsela dalam e-mel pula berkata dia bukan bertujuan memberi nasihat kepada Puan Norjaslina sebaliknya ingin berkongsi pandangan, kalau baik jadikan panduan jika tidak jadikan hiburan.

''Memang benar sebagai wanita kita suka dibelai, dimanja dan dipeluk oleh seorang lelaki bergelar suami, malangnya saya tak dapat rasakan semua itu kerana itu bukan perangai suami saya kerana dia jauh lebih tua dari saya.

''Kalau duduk menonton tv dia langsung tak pedulikan saya, nak sentuh, pegang tangan apatah lagi nak peluk saya. Kadang tu dia baca surat khabar kita duduk depan dia pun dia tak nampak kerana terlalu khusuk. Masalah saya lebih teruk lagi kerana suami saya ada masalah kesihatan menyebabkan dia terlalu dingin di tempat tidur.

''Memang saya memendam rasa, tertekan perasaan tiada kawan nak berbual, tiada gelak ketawa apa lagi gurau senda. Apabila perasaan terlalu tertekan syaitan mulalah datang menghasut, maka timbulkan perasaan kesal berkahwin dengannya.

''Tetapi suami saya seorang yang baik segala keperluan saya disediakan, sebut saja yang diinginkan dia akan berikan. Makan minum cukup, dia penyabar tidak pernah meninggi suara, berjalan ke mana sahaja dia akan menamani saya, ini yang membuatkan saya rasa bertuah dan sayang padanya. Kebaikannya inilah buat saya muhasabah diri.

''Saya lihat kiri kanan ada kawan-kawan saya yang mempunyai suami sangat kedekut walaupun bergaji besar hinggakan dia terpaksa berniaga sambilan untuk mencari duit poket sendiri. Ada suami jenis yang lepas tangan segalanya diserahkan kepada isteri untuk menanggung keluarga. Ke pasar, menghantar anak sekolah dan bekerja untuk sara diri sendiri, sedangkan saya ke pasar pun tak pernah. Semua tersedia nak apa lagi?

''Tak kurang juga ada suami kawan saya kaki judi, kaki minum, kaki pukul dan kaki perempuan. Bila memikirkan ini saya rasa diri saya amat bertuah, walaupun suami saya pendiam dan langsung tidak romantik, malah selalu tidak dapat memenuhi keperluan batin saya. Namun saya tidak mengharapkan kesempurnaannya seratus peratus.

''Akhirnya saya buat keputusan tidak mahu melayan perkara yang remeh temeh yang dihasut syaitan, sebaliknya saya mesti bertindak mencari kebaikan yang ada dalam diri suami saya. Kalau dia tak romantik, saya akan buat dia romantik, saya akan pelok dia, bergurau senda, kalau dia duduk di sofa saya akan menghimpit dan menggeselkan badan saya padanya. Paling kurang dia akan melayan saya dan meletakkan tangannya memeluk saya. Pada saya itu sudah memadai sebagai tanda dia sayangkan saya.

''Kadang-kala suami saya takut bila saya dekat dengannya, tapi saya pandai mencari kelemahannya, akhirnya keraguannya bertukar menjadi gelak ketawa. Bagi saya kita tidak boleh mengharapkan suami melakukan segalanya untuk kita, sebaliknya kita juga patut berusaha untuk mencapai kebahagian yang kita ingini.

''Kita patut bersyukur dengan pemberian Allah dan tidak meminta lebih. Jangan hanya melihat keburukan suami kita dan membesar-besarkannya. Sebaliknya bersyukur dengan mencari kebaikannya yang ada dalam dirinya.

''Saya nasihatkan kaum wanita kalau suami tak romantik, janganlah sekali-kali terfikir cari jalan mudah mencari gantinya, kerana belum tentu kita mendapat apa yang kita cari itu lebih baik daripada yang ada di depan mata, kadang-kala yang baru itu lebih buruk lagi. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Sebagai isteri kita mestilah berusaha mengatasinya bukan memburukkan keadaan.

''Jangan sesekali terfikir nak jadi ibu tunggal semata-mata kerana suami tak romantik. Jangan cuba mencari atau memperbaiki keadaan atau pemberian Allah kepada kita, kerana Dia lebih mengetahui dan kita tidak, akhirnya pilihan kita tidak akan berakhir dengan kebaikan, sebaliknya akan mendatangkan lebih banyak bala bencana.

Suami

''Bersyukurlah dengan suami yang kita ada, kalau dia baik, romantik bukanlah segala-galanya, bukan boleh memberi kita kebahagian seratus peratus. Ada kalanya boleh menghancurkan hidup kita, jika dia hanya berpura-pura romantik, sedangkan dalam hatinya dia mempunyai hasrat lain untuk merosakkan kita.

''Sebagai insan yang lemah kita boleh berdoa untuk suami berubah mengikut selera kita, tetapi jika tidak mendapat apa yang dihajati, jangan keciwa, terimalah suami kita seadanya, mungkin dialah pemberian Allah yang terbaik untuk kita.

''Kalau bercerai dan berkahwin lain pun belum tentu akan dapat seorang suami yang sempurna sebab lumrah manusia itu sendiri mana ada manusia yang sempurna. Malah jika kita renung ke dalam diri kita mungkin kita akan menyedari hakikat bahawa diri kita sendiri juga bukanlah isteri yang cukup sempurna segala-galanya.

''Kepada Norjaslina berfikirlah dengan lebih matang, cari kelebihan dan kebaikan yang ada dalam diri suami anda, mungkin dia lebih baik daripada anda sendiri. Lupakan pasal suami tak romantik, tetapi carilah suami yang jujur, ikhlas membina rumahtangga dengan aman harmoni dan menjaga keluarganya dengan baik.

''Apa yang penting, kepala anda bebas daripada berfikir ke mana suami anda pergi hingga pagi tak balik, ke mana duit di habiskan setiap bulan, sedangkan anda terpaksa tanggung makan minum keluarga, lupakan pasal hadiah jambangan bunga, kad Valentine kerana itu semua tidak semestinya datang dari hati yang ikhlas, sebaliknya paksaan yang membuatkan suami menanam bibit-bibit kebencian terhadap anda.''

Demikian pandangan dua orang wanita tentang suami tidak romantik, berdasarkan pengalaman sendiri. Jadi sebagai isteri fikir-fikirkanlah mana lebih penting dalam hidup anda suami romantik atau suami bertanggungjawab?

Sy rasa suami sy mcm kisah yg pertama tu. Jangan la nak merengek2 minta belikan benda utk kita, mmg dia tak layan. Lega sy bila sy baca artikel ni...mengajar diri supaya bersyukur. Sy tau suami sy jenis bertanggungjawab walaupun dia x romantik, mulutnya sarcastic dan senang naik angin. Sy cuba sedaya upaya utk tak lagi mempertikaikan attitude dia, tapi yg penting sy sebagai isteri harus la cuba memberikan yg terbaik.

Bak kata Kak Ina dlm blognya.....

Dalam mempersoalkan tentang hak, adalah lebih baik kita ( isteri ) bertanyakan diri tentang tanggungjawab yang kita telah, sedang dan akan berikan buat yang berhak ( suami).

Fokus kepada apa yang kita perlu buat sebagai seorang isteri dari menumpukan kepada apa yang kita patut dapat dari seorang suami.

Bimbangnya diri ini, andai di akhirat nanti, kita menjadi musuh kepada diri sendiri atas kecuaian dan kelalaian sebagai isteri ketika hayat di dunia ini.”