Sunday, November 28, 2010

Inshaallah...

Skrg ini demam Maher Zain kan? Sy pon sama, suka dgr lagu2nya. Sy akui sy ni bukan alim sgt. Sebelum ni x berapa minat ngan lagu2 nasyid. Selalunya pasang lagu nasyid Raihan utk anak2 tapi maknya x dgr sgt...huhuhu. Mahu anak islamic tapi maknya duniawi. Astagfirulallahalzim.....

So skrg ni sy pon berjinak2 dgn nasyid..bukan tu saja, sy cuba mengislamkan sepenuhnya gaya hidup kami sekeluarga. Sebab itulah jaminan kebahagian dunia dan akhirat. Tak mudah utk org mcm sy yg pengetahuan agama cetek, tapi insyaallah sy akan cuba sedaya upaya.

Azam baru sy: Perbanyakkan solat, baca Al-Quran, perdalamkan terjamahannya dan baca hadis2 Nabi. Ini adaah tips rumahtangga bahagia yg sy kutip dr blog seseorg. Sy sebagai isteri, walaupun tidak dibimbing suami sepenuhnya dlm hal (buat masa ini, mudah2an dia berubah), mungkin boleh jadi pemangkin perubahan suami dan juga demi anak2 yg menjadi amanah utk sy menjadi sebaik2nya khalifah Allah.

Mudah2an Allah terus memberikan sy kekuatan utk menjadi hambaNya yg lebih baik.

As in lirik lagu Inshaallah:

Don´t despair and never lose hope cause Allah is always by your side...Inshaallah, you´ll find your way




Tuesday, November 16, 2010

Kan best kalau sentiasa begini....

Kadang2 sy rasa sy tak adil. Sy cuma menulis disini bila sy ada masalah dgn cik suami. Di saat2 bahagia sy tak tulis pon disini. Sy rasa sy patut juga catatkan saat2 bahagia sbb bila sy marah dgn cik suami, sy boleh baca saat2 bahagia kami dan mana tau boleh kendurkan api kemarahan sy.

Dah 2 minggu kami x bergaduh. Sy sentiasa cuba elakkan situasi yg boleh mencetuskan kontroversi. Dah nama pon sy ni isteri dan sebagai isteri, kita lah penentu utama kebahagian rumahtangga walaupun suami tu adalah pengemudinya. Ini adalah fakta yg sy cuba terapkan dlm hati. Tak payah la nak kira asik2 bini aje yg kena baiki keadaan.

Cik suami pon of late xde lah buat sy marah. Dan semalam tiba2 ajak sy keluar shopping. Belikan sy perfume, suruh sy beli baju. Ok, sy bukan la materialistik - cuma bahagia bila dibelikan brg2. Tak...tapi terasa la dihargai.

Sy rasa sy tau kenapa cik suami tiba2 sebaik ini. Bukan la nak kata dia baik dgn tak ikhlasnya. Just weekend baru ni kami spent time dgn 2 couple. Cik suami kata dia rimas dgn dua2 sang isteri - sorang dok ckp byk, arah suami itu ini, sorang lagi pulak dok tayang benda2 yg ada, pon kesnya suami dia la yg dok buat semua - dari jaga anak sampai la urusan2 rumah yg lain.

So cik suami kata dia lega sy tak begitu. Tu kot sy rasa tetiba dia nak appreciate sy. Alhamdulilah, nampak gak dia kebaikan isterinya (walaupun x sempurna mana!)

Mudah2an kami terus baik2 saja...mudah2an hati sy terus rasa bahagia walau ada dugaan yg melanda.

Ya Allah, berkati lah rumahtangga kami dunia akhirat.

Monday, November 1, 2010

Allah Maha Mendengar....

Di kala sy mengharapkan adanya nasihat & pedoman dimana entry lepas sy ada tulis "dengan siapa sy nak minta nasihat?", alhamdulilah Allah s.w.t temukan saya dgn satu blog ini.

Resepi Hidup bersama Suzana Ghazali - satu blog hak milik Puan Suzana Ghazali seorg Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie *Kolumnis tetap Resipi Hidup Mingguan Wanita *Aktif memberikan ceramah dan kursus berkaitan *Pernah menjadi panel jemputan di RTM, TV3 dan Astro *Berpengalaman mengendalikan kes-kes rumahtangga sejak 1998

Sy mungkin x dpt nasihat secara direct dr beliau tapi bila membaca post2 dlm blognya, tiba2 sy jadi lega dan tenang walaupun hati sy sebelum ini bagaikan dilanda bandai. Membaca terjemahan Al-Quran yg beliau sisipkan kat bahagian gadget pon amat bermakna buat sy.

Ini yg sy copy dr blog beliau:

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Betul....manusia kalau x diuji, mana nak tau dimana letak duduknya iman.

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

KENAPA RASA KECEWA?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Ali-Imran ayat 139

AGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Ali-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.....
-Surah At-Taubah ayat 111

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

It´s beautiful, isn´t it? Allah s.w.t sentiasa memberi jawapan kepada kita selagi kita x berhenti berharap kepadaNya.

Ada bagusnya juga hidup dizaman Internet dan Google. Nak cari apa2, google saja, insyaallah jumpa apa yg anda cari. Wanita zaman dulu, bila susah hati mcm sy ni, kat mana la diorg cari pedoman? Cuma hidup didunia tanpa sempadan ini, kena tau juga meletakkan sempadan pada diri sendiri, ye tak?

Dan alhamdulilah, bagaikan magic, lepas sy baca blog Resepi Kehidupan (byk lagi x baca sebenarnya), sy pon masuk tidur sebelah cik suami yg dah lama masuk tidur, cik suami peluk sy tanpa kata2. Sy tak tau kalau niat dia cuma nak ´tut´saja, tapi sy anggap saja la ni dah kira pujuk juga sbb dia belai sy dgn mesra. Bak kata Puan Suzana, setgh lelaki mungkin x pandai nak berkata2 atau terlalu ego berkata2, jadi mungkin diorg tunjuk cara lain utk menggambarkan perasaan diorg.

Tak apa la, walau apa pon....janji kami tak bergaduh lama2 lagi. Moga2 sy akan mampu menjadi isteri yg solehah, yg mampu membahagiakan suami sy dunia akhirat.

Hidup penuh dugaan

Susah mcm ni....

Ketegangan kami dah masuk hari-4. Sy cuma tegur dia bila perlu. Keperluan dia sy buat mcm biasa, masak & hidang kemudian jemput dia makan. Cuma kemesraan tu xde.

Dia mcm biasa, xde usaha2 nak memperbaiki keadaan.

Ntah la....sy tertanya2 pd diri sendiri, jauh benar diri ini dr sifat isteri solehah - suami memandang pon x suka. Kenapa la sy x sabar benar? Kenapa la mulut ini x boleh je diam bila dimarah?

Sy buntu...nak minta maaf tapi dia dah kutuk sy mcm2....sy cuma nak pertahankan diri aje. Dia x bg sy tolong sy, yg itu yg kena turutkan juga?

Sampai bila nak mcm ni?

Sy tak benci dia, sy cuma kecewa. Dah lama sy dah pujuk hati, jgn berharap dia berubah mengikut apa yg sy ingin. Tapi ada masa sy dok terfikir2 juga.

Siapa nak bercerai kan? Masa marah mmg sy fikir itu yg terbaik...tapi terbaik ke? Bukan sy takut jadi janda. Insyaallah, sy rasa sy mampu berdikari kalau ditakdirkan jadi janda. Diri sendiri sy x kisah....sy tak terfikir soal nak cari org lain sbg pengganti sbb kita pon x tau yg baru itu sesuai ke tak ngan kita. Tapi sy kesian kat anak2.....

Xpe la, sy cuba telan semua kedukaan ini. Sy cuma berdoa agar Allah redhakan hati sy ini, jgn la kedukaan ini berterusan sampai memakan diri. Kalau sy x kisah apa jua layanan suami pd sy, mesti sy x sedih. Biar la dia pandang sy buruk macamana pon, selagi sy isteri dia sy akan jalankan tanggungjawab sy sebaik mungkin.

Tapi satu je sy x mampu buat masa ni....nak memesrakan kembali keadaan. Macamana sy nak berpura2 hati sy x sakit, dan senyum mcm xde apa2 yg berlaku?

Dengan siapa sy nak minta nasihat?

Tolong sy....