Resepi Hidup bersama Suzana Ghazali - satu blog hak milik Puan Suzana Ghazali seorg Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie *Kolumnis tetap Resipi Hidup Mingguan Wanita *Aktif memberikan ceramah dan kursus berkaitan *Pernah menjadi panel jemputan di RTM, TV3 dan Astro *Berpengalaman mengendalikan kes-kes rumahtangga sejak 1998
Sy mungkin x dpt nasihat secara direct dr beliau tapi bila membaca post2 dlm blognya, tiba2 sy jadi lega dan tenang walaupun hati sy sebelum ini bagaikan dilanda bandai. Membaca terjemahan Al-Quran yg beliau sisipkan kat bahagian gadget pon amat bermakna buat sy.
Ini yg sy copy dr blog beliau:
KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Betul....manusia kalau x diuji, mana nak tau dimana letak duduknya iman.
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
KENAPA RASA KECEWA?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Ali-Imran ayat 139
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Ali-Imran ayat 139
AGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Ali-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.....
-Surah At-Taubah ayat 111
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.....
-Surah At-Taubah ayat 111
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12
".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12
It´s beautiful, isn´t it? Allah s.w.t sentiasa memberi jawapan kepada kita selagi kita x berhenti berharap kepadaNya.
Ada bagusnya juga hidup dizaman Internet dan Google. Nak cari apa2, google saja, insyaallah jumpa apa yg anda cari. Wanita zaman dulu, bila susah hati mcm sy ni, kat mana la diorg cari pedoman? Cuma hidup didunia tanpa sempadan ini, kena tau juga meletakkan sempadan pada diri sendiri, ye tak?
Dan alhamdulilah, bagaikan magic, lepas sy baca blog Resepi Kehidupan (byk lagi x baca sebenarnya), sy pon masuk tidur sebelah cik suami yg dah lama masuk tidur, cik suami peluk sy tanpa kata2. Sy tak tau kalau niat dia cuma nak ´tut´saja, tapi sy anggap saja la ni dah kira pujuk juga sbb dia belai sy dgn mesra. Bak kata Puan Suzana, setgh lelaki mungkin x pandai nak berkata2 atau terlalu ego berkata2, jadi mungkin diorg tunjuk cara lain utk menggambarkan perasaan diorg.
Tak apa la, walau apa pon....janji kami tak bergaduh lama2 lagi. Moga2 sy akan mampu menjadi isteri yg solehah, yg mampu membahagiakan suami sy dunia akhirat.
No comments:
Post a Comment