Buat masa skrg, kami ni sedang menetap di sebuah bandar besar yg terkenal di sebuah negara maju. Dan rumah kami ini hampir dgn pusat bandar, international airport dan kami juga dekat dgn kedutaan Malaysia. Pulak tu rumah kami dikira agak selesa sbb ada dua bilik tidur dgn keluasan yg agak besar utk famili 2 anak cam kami ni walaupun terpaksa membayar harga yg agak mahal. Bukan kerana byk duit sgt tapi situasi yg memaksa kami menyewa rumah ni. Dek kerana itu kami rasa sbbnya kami selalu menerima kunjungan dr rakan2 senegara.
Bukan nak kata apa.. tapi ada masa tu hampir setiap minggu kami ada tetamu. Ada yg dtg sbb nak buat passport anak, ada yg dtg sbb transit sbb rumah kami sgt dekat ngan airport. Ada yg dtg sbb nak melancong ke bandar ini. Mula2 tu kami seronok, ikhlas rasanya menerima tetamu. Kan tetamu tu pembawa rezeki....lagipon bila dok negara asing, kita rasa bila kita jumpa rakan senegara, kita nak la bermesra2 kan?
Mulanya yg dtg mmg kawan2 yg kami kenali sejak di Malaysia. Ada kawan yg x penah jumpa since habis universiti, jumpa akhirnya di bumi asing ni sbb dia dtg melancong ke sini dan menumpang kat rumah sy. Ada kawan sekolah rendah, duduk sekampung tapi dah bertahun2 tak jumpa, juga tetiba jadi rapat setelah sy dok disini dan dia juga dtg menumpang rumah sy atas tujuan melancong. Pendek kata, ramai juga la kawan2 lama yg dah bertahun x jumpa dan dgr berita, yg sy jumpa sejak menetap disini.
Ironi?
Hmmm....
Then kawan2 baru....yg dikenali as kawan atas kawan. Sebab ada urusan dibandar ini, dpt tau ada org Malaysia disini yg boleh ditumpang sementara nak buat urusan, depa pon kenal la kami. Fine....kami pon terima...sbb kesian, ye la..dok hotel kan mahal...xpe la, dtg dok sini kami layan la sebaiknya dr makan minum sampai urusan tidur. Ada tu sampai seminggu menumpang kat sini yg makan minum depa mmg atas kami semata2.
Bila dah selalu sgt, kami mula la terasa kesannya. Asalnya mmg ikhlas tapi lama2 berbuku jugak dlm hati. Ye la, cik suami sy tu cuma student dibawah tanggungan kerajaan, so kalau hampir setiap minggu kami terima tetamu, kena spend lebih duit utk beli brg makanan dan membayar extra bil utiliti, kami pon x larat. Tu dr segi duit, sy pulak kejenya asik memasak dan mengemas keselesaan kami anak beranak pon agak terganggu sbb anak2 harus tidur bersama2 kami. Masa belajar cik suami pon terganggu sbb bila ada tetamu dia pon segan la nak pi belajar dan biar tetamu tak dilayan.
Tapi bila org nak dtg cemana kami nak tolak dan tak layan sebaiknya.
Terbaru, sorang kawan yg punya dah lama lost contact, dpt contact balik pon kerana FB nak dtg. Dia tgh training kat negara sebelah dan nak dtg jln2 ke tempat sy ni. Sy pon ok, mengenangkan dah lama x jumpa dia. Lepas tu katanya mungkin dtg ngan kawan2. Sy kata kat dia rumah sy ni kecik aje, kalau ramai sy x mampu nak cater semua org. Dia kata fine, mungkin yg ikut pon sorang aje kawan.
Tup2 bgtau sy ada all 5 persons nak dtg bersama dan tanya boleh tak all 5 people tido kat rumah sy sbb diorg nak jimatkan kos. Kalau tido kat living hall pon xpe. I was speechless...x tau nak kata apa. Rasa sakit hati pon ada sbb just before that dok bercerita ngan sy yg diorg ni every weekend berjln sakan ke negara2 europe berhampiran dan pandai lak tido hotel. Sekali sbb tau ada rumah yg boleh tido ngan free, boleh pulak fikir jimat kos. Padahal before that sy dah bgtau dah kawan sy kalau ada ramai kwn2 dia nak ikut, hotel ada je dekat rumah sy dan bg diorg yg gaji + elaun ribu2 tu, boleh sgt la nak afford. Habis, nak kata apa lagi, sy cuma kata kalau x kisah tido dlm keadaan x selesa, dtg je la.
Walau hati sy ´bengkak´ngan situasi ini, cemana pon sy tetap prepare makanan dan persiapan yg lain. Dan diorg mmg betul2 buat rumah sy cam hotel. Sampai, makan, tido, esok pagi keluar, balik, makan, tido. Shopping tak hengat kat designer outlet, patut la ckp nak jimatkan kos. Padahal harga sepasang kasut Timberland lebih mahal dr kos stay hotel dua malam.
Hmmm...manusia2...
Islam pon kata besar pahalanya memuliakan tetamu tapi bila dah kerap sgt dan ramai sgt, dan tgk pulak situasi camni, nak ikhlas pon jadi dah x berapa ikhlas.
No comments:
Post a Comment